Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Bukit Kuang bukanlah satu nama asing di daerah Kemaman, Kampung ini bermula pembukaannya sekitar tahun 1700 lagi apabila seorang bangsawan Pahang iaitu Che Wan Teh membuka kawasan Kampung Bukit Kuang bersama pengikutnya kerana melarikan diri dari huru hara yang berlaku di Pahang pada masa itu. Tapi akibat ancaman lanun pada masa itu, Che Wan Teh membuka kampung yang jauh ke Tanjung Geliga. Kampung Bukit Kuang ditinggalkan kosong sehinggalah tahun 1940an dimana datangnya penghijrah yang merupakan para petani yang ingin tanah baharu bagi pertanian yang dikerjakan secara sara hidup mahupun berupa perniagaan. Dahulunya sebelum 1940an Kampung Bukit Kuang belum lagi mempunyai penduduk, waktu itu hanyalah sekadar menempatkan satu jalan menghubungkan Kemaman dengan daerah-daerah lain.

Asal-usul nama Bukit Kuang dikatakan diambil dari nama seekor burung yang bernama Kuang, menurut pendapat lain, perkataan Kuang diambil sempena pohon mengkuang yang tumbuh meliar dideretan bukit. Golongan pertama yang berhijrah ke Bukit Kuang adalah merupakan golongan petani, pada mulanya mereka tidak menetap di Bukit Kuang, tapi sekadar datang hanya untuk bercucuk tanam, tapi lama-kelamaan mereka membuat penempatan di situ. Selepas dari penghijrahan golongan petani, maka mula timbul minat nelayan untuk membina jeti-jeti hentian pendaratan ikan di Bukit Kuang. Pada tahun 1970an berlaku sekali lagi penghijrahan beramai-beramai dari Kampung Teluk Kuang kerana Kampung itu terpaksa ditutup bagi pembinaan perlabuhan bekalan kemaman. Sehubungan dengan itu, kajian ini dihasilkan bagi mencari faktor pembukaan Kampung Bukit Kuang serta perkembangannya dari beberapa aspek seperti ekonomi.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PROGRAM PENGISIAN BANTUAN BR1M 2017

Aktiviti Terkini | 05 - 31 Disember 2016

Program ini bertujuan menyediakan kemudahan kemaskini BR1M secara online dengan adanya kemudahan internet di Pusat Internet 1Malaysia dan memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam pengemaskinian BR1M kepada pemohon BR1M...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK TABIKA

Aktiviti Terkini | 15 November 2016

Program ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak TABIKA tentang perkakasan asas menggunakan komputer dan memberikan tunjuk ajar mengenai penggunaan dan kawalan tetikus... baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PERTANDINGAN POP KUIZ ‘SAYA PINTAR’ SECARA ONLINE MELALUI LAMAN WEB ASTRO TUTOR TV UPSR

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2016

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tahap 4,5,dan 6 tentang kewujudan dan manfaat belajar secara atas talian dengan menggunakan laman web Astro Tutor TV UPSR... baca selanjutnya

PROGRAM PENGISIAN DAN KEMASKINI BORANG ZAKAT MAIDAM NEGERI TERENGGANU BERSAMA PENGUNJUNG PI1M KG. BUKIT KUANG

23 - 30 September 2016 | Aktiviti Terkini

Pengisian Borang zakat Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) Negeri Terengganu secara talian baru sahaja diperkenalkan bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengurusan agihan Zakat dan Bantuan yang diuruskan oleh MAIDAM. Oleh itu, pihak Pi1M Bukit Kuang mencadangkan untuk memberi inisiatif kemudahan untuk mendapatkan akses internet bagi penduduk kampung yang ingin melakukan pengisian dan kemaskini borang Zakat Maidam Negeri Terengganu dengan memberikan tunjuk ajar bagi membuat pengisian dan cara melayari laman web yang betul.

MAJLIS DOA SELAMAT DAN BACAAN SURAH YASIN SERTA PEMBAHAGIAN BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT PETIR

12 - 13 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Program bacaan Yassin serta doa selamat diadakan berikutan musibah yang melanda PI1M serta penduduk kawasan sekitar yang majoritinya mengalami kerosakan bumbung rumah tercabut tidak terkecuali bangunan PI1M. Menurut statistik bancian daripada pihak JKKK dianggarkan 149 rumah mengalami kerosakan atap. Difahamkan kawasan Bukit Kuang paling teruk terjejas dalam insiden pada kira-kira jam 5 petang itu apabila sekolah rendah,sekolah menengah, dewan sivik serta balairaya (Bangunan PI1M) mengalami kerosakan atap. Ketika ditemuramah oleh pihak media, seorang mangsa menceritakan detik-detik cemas melihat satu pusaran angin datang kuat datang secara tiba-tiba.

HARI KOMUNITI PINTAR KEMAMAN

22 - 24 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Hari Komuniti Pintar Kemaman merupakan inisiatif daripada pihak MCMC yang bertujuan untuk mempromosikan inisiatif komuniti pintar dalam membangunkan dan memanfaatkan ekosistem ICT dalam kalangan komuniti setempat. Program ini di rasmikan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan disaksikan oleh Pengerusi MCMC, Dato’ Sri Dr. Halim Shafie dan dihadiri oleh seluruh warga Kemaman. Program ini diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman. Pihak PI1M dijemput untuk membuat promosi berkenaan Pusat Internet sebagai usaha untuk memperkenalkan lagi fungsi dan matlamat Pusat Internet kepada orang ramai kerana Pusat Internet 1Malaysia juga merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan dalam Komuniti Pintar Kemaman. Antara aktiviti yang dijalankan di booth kami adalah pertandingan boling, dam ular, teka silang kata Klik Dengan Bijak, promosi pendaftaran ahli serta hebahan dan pameran mengenai aktiviti di Pusat Internet 1Malaysia.

PROGRAM HARI DECO-DECO RAYA 2016 BERSAMA AHLI PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA (PI1M)

25 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Hari Deco-deco Raya adalah program yang sentiasa diadakan bagi setiap tahun di PI1M yang bertujuan untuk mewujudkan mood suasana hari raya sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Program ini diadakan pada 25 Jun 2016 yang berlangsung daripada pukul 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. Melibatkan seramai 10 orang peserta yang merupakan ahli Pi1M. Antara kebaikan-kebaikan bagi program ini adalah dapat mengasah bakat kreatif yang terpendam oleh ahli Pi1M, mewujudkan suasana ceria di dalam PI1M serta dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara ahli-ahli PI1M dan sikap saling bantu- membantu sesama sendiri. Selain itu, diakhir program, pembahagian goodies diberikan kepada peserta-peserta yang terlibat bagi memberi sedikit cenderahati dan kenangan kepada peserta.

PROGRAM PENGISIAN BORANG DANA RAYA ONLINE NEGERI TERENGGANU iDANATTB BERSAMA KOMUDITI KG.BUKIT KUANG (PERMOHONAN BARU & PERTUKARAN STATUS SAHAJA)

15 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini telah diadakan bermula 15 Mei 2016 bersempena pembukaan untuk penduduk negeri Terengganu mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memudahkan penduduk kampung mengisi borang secara dalam talian memandangkan permohonan ini hanya boleh di isi melalui dengan satu cara sahaja (online). Menerusi program ini, kami telah bekerjasama dengan JKKK untuk menjemput penduduk Kampung Bukit Kuang supaya datang ke Pusat Internet untuk mengisi borang. Individu yang telah mahir menggunakan komputer akan mengisi sendiri borang tersebut manakala mereka yang tidak pernah atau kurang mahir menggunakan komputer akan dibimbing oleh dua orang staff Pusat Internet dari awal sampai akhir. Menerusi program ini, secara tidak langsung dapat mendedahkan penduduk kampung kepada komputer dan kegunaan seharian internet selain mengisi borang dalam talian. Selain itu, dengan kehadiran penduduk kampung yang tidak putus-putus untuk mengisi borang, secara tidak langsung Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Kuang dapat mempromosikan keahlian Pusat Internet, Kelas ICT, Kelas Keusahawanan dan program-program bulanan yang akan diadakan setiap bulan.

PROGRAM PENGISIAN BORANG DANA ONLINE NEGERI TERENGGANU iDANATTB BERSAMA PELANGGAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA BUKIT KUANG

15 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini telah diadakan bermula 15 Mac 2016 bersempena pembukaan untuk penduduk negeri Terengganu mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memudahkan penduduk kampung mengisi borang secara dalam talian memandangkan permohonan ini hanya boleh di isi melalui dengan satu cara sahaja (online). Menerusi program ini, kami telah bekerjasama dengan JKKK untuk menjemput penduduk Kampung Bukit Kuang supaya datang ke Pusat Internet untuk mengisi borang. Individu yang telah mahir menggunakan komputer akan mengisi sendiri borang tersebut manakala mereka yang tidak pernah atau kurang mahir menggunakan komputer akan dibimbing oleh dua orang staff Pusat Internet dari awal sampai akhir. Menerusi program ini, secara tidak langsung dapat mendedahkan penduduk kampung kepada komputer dan kegunaan seharian internet selain mengisi borang dalam talian. Selain itu, dengan kehadiran penduduk kampung yang tidak putus-putus untuk mengisi borang, secara tidak langsung Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Kuang dapat mempromosikan keahlian Pusat Internet, Kelas ICT, Kelas Keusahawanan dan program-program bulanan yang akan diadakan setiap bulan.

BENGKEL MENCIPTA VIDEO DAN PERTANDINGAN MEMBUAT VIDEO #MYKOMUNITIKREATIF DAERAH KEMAMAN ANJURAN SKMM

27 Febuari 2016 | Aktiviti Terkini

-Bengkel mencipta video #mykomunitikreatif ini telah dilaksanakan oleh pihak skmm dengan bantuan semua pusat internet 1 malaysia daerah kemaman.
-setiap pi1m daerah kemaman menghantar 5 orang wakil peserta termasuk seorang staff pi1m untuk pertandingan mencipta video di mana peserta dalam bengkel ini diajar oleh tenaga pengajar dari aswara.
-tujuan utama adalah untuk mendedahkan para belia tentang cara membuat video untuk pembelajaran, dokumentari, atau lain-lain tujuan dengan lebih mudah.

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

PROGRAM PEMBERSIHAN KAMPUNG CEGAH NYAMUK AEDES PI1M DAN JKKK

30 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Program pembersihan kampung PI1M dengan kerjasama JKKK telah diadakan pada 30 Januari 2016. Tujuan utama program ini dilaksanakan berikutan terdapat banyak kes-kes demam denggi yang semakin meningkat. Hal ini menjadi perhatian semua penduduk kampung yang sepakat mengadakan pembersihan kampung beramai-ramai dan menjemput penduduk menyertai program ini seramai yang boleh. Selain itu, melalui program ini, ia dapat mendidik para belia terutama para pelajar supaya lebih mengutamakan kebersihan tidak kira di rumah atau luar kawasan rumah mereka. Mereka juga didedahkan dengan bahaya nyamuk aedes yang blh membawa maut. Melalui program ini juga, penduduk kampung dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara mereka dan staff PI1M juga dapat mempromosikan kelas ICT, usahawan, keahlian dan servis yang disediakan kepada penduduk kampung.